Parlimen

Isu peruntukan Speaker DUN akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-Speaker di Sarawak

Semua kerajaan negeri dicadangkan agar memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bajet negeri masing-masing dalam usaha .

Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan supaya semua kerajaan negeri memasukkan peruntukan khas berkaitan keraian untuk diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)

Tan Sri Johari Abdul berkata, peruntukan khas melalui bajet negeri masing-masing itu sebagai usaha memastikan aktiviti merakyatkan DUN berjalan lancar.

“Jadi kalau boleh kerajaan negeri berikan sedikit (peruntukan khas) ini…cadangan saya letak dalam bajet negeri,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke DUN Perlis di Kompleks DUN di Kangar pada Khamis.

Sementara itu jelasnya, isu peruntukan khas kepada Speaker DUN itu juga akan dibincangkan dalam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia Tahun 2024 di Sarawak pada September ini.

BACA LAGI: Johari cadang ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat dipotong elaun

Dalam perkembangan berkaitan, Johari membidas sikap sebilangan Ahli Parlimen yang dikenal pasti tidak membahaskan sesuatu isu tertentu dan tidak hadir ke sidang Dewan Rakyat semasa isu tersebut dibahaskan namun kemudian mengulas isu itu di luar melalui media sosial dengan menggambarkan dirinya hadir ketika perbahasan.

Beliau berkata perbuatan Ahli Parlimen itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengelirukan rakyat dan kini mereka yang terbabit sedang dalam pemerhatiannya.

Related Articles

Back to top button