Negeri

Belanjawan 2025: Kerajaan MADANI komited bangun semula ekonomi Labuan

Kerajaan Madani kekal komited untuk menangani isu-isu di Labuan dalam usahanya meningkatkan kesejahteraan rakyat dan meningkatkan ekonomi di pulau berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau telah diadakan satu sesi perjumpaan membabitkan 150 pemimpin serta wakil daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan perniagaan, yang berkumpul bagi membincangkan inisiatif Bajet 2025 untuk Labuan.

Justeru semua cadangan dan pandangan diketengahkan pada pertemuan pada Sabtu itu akan diteliti untuk diangkat dalam Belanjawan 2025 akan datang.

“Sesi itu mengetengahkan banyak idea dan cadangan positif mengenai cara memacu ekonomi tempatan ke hadapan dan kami telah menerima maklum balas yang membina tentang cara meningkatkan ekonomi Labuan.

“Yakinlah, pandangan-pandangan ini tidak akan diabaikan begitu sahaja, tetapi akan dimasukkan ke dalam cadangan Bajet 2025,“ katanya.

BACA LAGI: KUSKOP harap lebih banyak peruntukkan menerusi Belanjawan 2025

Dr Zaliha berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan acara Kembara Merdeka di Kompleks Ujana Kewangan di Labuan pada Ahad.

Beliau sementara itu turut menegaskan, antara fokus utama Belanjawan 2025 bagi Labuan adalah inisiatif pembangunan ekonomi dan penambahbaikan infrastruktur, dan juga beberapa cadangan lain seperti pemindahan terminal feri ke tapak baharu.

Related Articles

Back to top button