Semasa

Pengurusan rantaian bekalan akan diperkukuh agar berdaya tahan – PM Anwar

Kerajaan akan meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan agar lebih kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Ke-6 Tahun 2024 diadakan pada Selasa telah bersetuju untuk melaksana usaha itu sejajar dengan objektif untuk membina sekuriti ekonomi negara.

Selain itu, kata perdana menteri, mesyuarat tersebut yang dipengerusikannya telah meneliti kertas pembentangan berkaitan “Membina Sekuriti Ekonomi Melalui Rantaian Bekalan Yang Berdaya Tahan”.

BACA LAGI: Kerajaan fokus jadikan Malaysia destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau

“Saya tekankan peri penting usaha ini sejajar dengan matlamat dan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

“Sekuriti ekonomi bertambah penting terutamanya berlatar belakangkan kelemahan yang wujud ketika dunia bertarung dengan pandemik COVID-19,” kata Anwar menerusi hantaran di laman sosial X.

Sementara itu tegasnya, kerjasama antara kerajaan, perniagaan dan organisasi antarabangsa mustahak dalam memudahkan perkongsian maklumat, menyelaras maklum balas dan membangunkan piawaian yang seragam.

Related Articles

Back to top button