Semasa

Cacar monyet: KKM maklumkan tiada kes baharu dalam negara

Tiada kes baharu membabitkan mpox atau cacar monyet di Malaysia setakat ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu menyusul pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu bahawa situasi cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam yang merupakan amaran tertinggi di bawah undang-undang kesihatan antarabangsa.

Menurut KKM, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

“Merujuk kepada laporan situasi mpox yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 12 Ogos 2024, dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2024 terdapat sebanyak 99,176 kes mpox di seluruh dunia membabitkan 116 negara, dengan 208 (0.21%) kematian.

“Di Malaysia, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan setakat ini ialah sembilan kes dan semua kes mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko dan kini sudah pun sembuh serta tiada kematian dilaporkan,” katanya kenyataan tersebut.

BACA LAGI: KKM laksana kajian semula dasar dan proses perolehan produk farmaseutikal

Mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox, iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus dan jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan.

Individu dijangkiti akan mengalami gejala demam berserta ruam ‘maculopapular rash’ atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan kornea.

Related Articles

Back to top button