Semasa

Usaha didik keselamatan dalam talian bakal diperkukuh – Timb Menteri

Kerajaan bakal memperkukuh lagi usaha sedia ada untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penggunaan Internet secara positif, produktif dan bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, susulan itu satu Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Melalui kempen ini, kami memperluas program seperti ‘Klik Dengan Bijak’ yang telah berjaya mengadakan 1,429 program sejak 2012 hingga 15 Julai 2024” katanya pada perasmian Girls In ICT Forum 2024 (GICT 2024) anjuran SKMM di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu Nie Ching, kementeriannya mahu mewujudkan budaya tanggungjawab digital serta memperkasakan setiap rakyat di negara ini untuk mengemudi dunia dalam talian dengan selamat dan yakin.

Kementerian dengan kerjasama SKMM juga terlibat secara meluas dengan penyedia perkhidmatan dalam talian seperti Meta dan Google untuk menangani pelbagai isu, memberi tumpuan kepada meningkatkan penyederhanaan keselamatan dalam talian.

“Kementerian berada di barisan hadapan dalam memastikan bahawa teknologi memperkasakan dan bukan membahayakan rakyat kita.

“Kami bekerja keras untuk memastikan ruang dalam talian kita selamat supaya semua terutama gadis dan wanita dalam ICT boleh terus maju tanpa bimbang diganggu atau dibuli,” tambahnya.

BACA LAGI: KPM serius tangani kesalahan seksual, salahlaku komuniti sekolah

Beliau turut menegaskan, walaupun usaha menangani isu keselamatan dalam talian mustahak, ia sama penting untuk mengiktiraf kesan positif ICT yang lebih meluas terhadap masyarakat dan ekonomi.

Related Articles

Back to top button