Teknologi

PM Anwar seru jayakan aspirasi Malaysia negara maju dalam teknologi Ai

Semua pihak diseru menyokong dan menjayakan aspirasi kerajaan untuk menjadi Malaysia antara 20 negara teratas dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, para penyelidik, pembangun dan pembuat keputusan wajar bekerjasama untuk membangunkan teknologi terkait AI dan mengaplikasikannya secara bertanggungjawab dan beretika.

“Kita telah bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI negara dari segi membina pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, termasuk membina sistem pengkomputeran ‘awan’ AI Malaysia sendiri.

“Dalam masa yang sama, saya juga ingin tegaskan bahawa nilai-nilai manusia, perlindungan data dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab, semuanya terkesan serta diberi makna yang baharu oleh teknologi ini,” katanya.

Beliau berkata begitu melalui ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Keusahawanan Dalam Pengkomputeran, Kejuruteraan dan Pendidikan Sains (InvENT 2024) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang dibaca Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.

BACA LAGI: Kerajaan tambah peruntukkan untuk industri berasaskan bioteknologi

Sementara itu tambah perdana menteri, peranan AI dalam membantu meningkatkan kualiti hidup, kecekapan dan kreativiti manusia, aplikasi moden serta dinamik itu juga mempunyai sisi gelap yang perlu disedari oleh masyarakat.

“Namun dalam masa yang sama, kita memerlukan dasar dan undang-undang demi mengelakkan isu ketirisan tatakelola AI,” katanya.

Related Articles

Back to top button