ekonomi

Bantu tingkat pendapatan negara, KPKM ganda usaha tingkat eksport pertanian, makanan

Beberapa langkah sedang dilaksana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam membantu meningkatkan pendapatan negara susulan jangkaan peningkatan terhadap perbelanjaan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu antaranya dengan berusaha meningkatkan jumlah eksport produk pertanian dan makanan serta penerokaan pasaran baharu di luar negara.

“Kita juga sedangkan menumpukan kepada peningkatan pengeluaran nanas bagi memenuhi permintaan antarabangsa sekitar 4,000 kontena setahun sedangkan kita hanya mampu membekalkan 800 kontena sahaja, sangat rendah berbanding permintaan.

“Insya-Allah tahun hadapan kita dijangka dapat mengurangkan import bawang kecil selepas mula sebarkan benih bawang kecil secara besar-besaran,“ katanya melalui ucapan di Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Mesra Rakyat @ Parlimen Kota Raja 2024 di Shah Alam pada Sabtu.

BACA LAGI: Kerajaan salur lebih RM33.5 juta untuk perhebat industri agromakanan di Sabah

Sementara itu sebagai mengulas Belanjawan 2025, Mohamad menyatakan harapan agar kementerian itu diberikan peruntukan tambahan bagi tujuan menyelesaikan isu saliran dan perparitan kawasan sawah di Sabah sekali gus membantu meningkatkan pengeluaran padi negara.

Related Articles

Back to top button