Semasa

Hari Kebangsaan 2024 titik mula tingkat perpaduan rakyat – PM Anwar

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 disambut hari ini wajar dimanfaatkan untuk mempertingkatkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat demi memartabatkan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 berkata, Malaysia sebagai negara merdeka memiliki potensi yang hebat dan perkara itu mampu direalisasikan jika semua rakyatnya berpakat dan bersatu.

Malah kemerdekaan negara tegasnya telah dicapai kerana kekuatan dan kesepaduan rakyat.

“Apa kurangnya di negara kita, kesedaran, pencerahan, keupayaan menarik pelaburan, tingkat pendidikan harus diperbaiki untuk yang paling kaya kepada paling miskin.

“Jadi jangan pinggirkan sesiapa kerana semangat perpaduan sangat penting dan tidak boleh diremehkan,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.

Sementara itu Anwar berkata, Malaysia kini berada di landasan yang sangat baik dan mampu diangkat dengan lebih cemerlang.

Justeru beliau mengajak amalan keterlanjuran rasuah dan penyelewengan serta sikap khianat kepada negara dinoktahkan.

BACA LAGI: Malaysia dimuliakan negara luar kerana kestabilan dan perpaduan

“Kita beri nasihat, anjuran, desakan tapi saya nak guna kesempatan beri amaran bahawa negara ini di tapak landasan sangat baik.

“Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian permusuhan satu sama lain, saya tidak peduli media antarabangsa ke, tugas kita selamatkan negara Malaysia tercinta ini,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button