Semasa

Mendapan tanah: Peniaga Jalan Masjid India sedia bantu cari penyelesaian

Seorang Ahli Parlimen di Kuala Lumpur menggesa supaya pihak berwajib mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani isu mendapan tanah di sekitar bandaraya itu terutama di Jalan Masjid India.

P Prabakaran berkata, isu mendapan tanah sudah berlarutan sejak tujuh tahun lalu, namun sehingga kini belum ada penyelesaian konkrit menangani masalah itu.

Justeru ia wajar diusahakan segera memandangkan perkara itu membabitkan lokasi mata pencarian banyak pihak.

“Ini adalah isu keselamatan peniaga jadi perlu ada perbincangan khas antara peniaga, DBKL, Indah Water Konsortium (IWK) dan lain-lain agensi yang berkenaan untuk memaklukan perkembangan isu ini (kepada peniaga).

“Sebab sekarang kawasan belakang (Jalan Masjid India) juga katanya ada tanda-tanda mendapan, ini adalah perkara serius, jadi perlu ada libat urus (peniaga dan DBKL) supaya tiada lagi kes seperti Vijayaletchumi,”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu ditemui ketika meninjau lokasi kejadian tanah pada Jumaat.

Sementara itu Prabakaran turut menyatakan kesediaan pihak peniaga melalui beberapa persatuan untuk membantu mencari penyelesaian bagi isu mendapan tanah di kawasan itu.

BACA LAGI: Kerajaan akan jalankan ‘post mortem’ tanah jerlus di Masjid India

“Saya selaku Ahli Parlimen kerajaan saya akan cuba bantu untuk libat urus kerana peniaga ada banyak cadangan untuk baiki kawasan ini.

“Tetapi mereka tiada platform untuk bangkitkan hal-hal berkenaan, tidak tahu mana mahu buat aduan jadi saya akan bantu untuk dapatkan mesyuarat dengan Datuk Bandar, menteri dan agensi berkaitan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button