Sukan

Malaysia tuan rumah perlawanan kelayakan bola sepak Palestin-Jordan

Palestin memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara negara itu dan Jordan.

Menteri Belia dan Sukan Palestin, Jibril Mahmoud Muhammad Rajoub ketika mengumumkan perkara itu berkata, meskipun banyak menerima tawaran dari negara lin, pihaknya memilih Malaysia yang disifatkan sebagai negara sahabat.

“Lebih daripada satu negara termasuk Indonesia, Kuwait, Arab Saudi, dan Qatar menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah perlawanan kami.

“Namun, kami memilih Malaysia kerana ia bukan sebahagian daripada 18 pasukan yang bersaing dalam proses kelayakan dan merupakan negara sahabat kepada Palestin dan Jordan,” kata Jibril semasa sidang media di Kedutaan Palestin.

Jibril sementara itu merakamkan penghargaan Palestin kepada Malaysia atas sokongan berterusan bukan sahaja dalam arena bola sepak tetapi juga atas pendirian politik dan moral sejak sekian lama terhadap perjuangan Palestin.

BACA LAGI: Terima kasih Perdana Menteri – FAM

“Keramahan Malaysia dalam menjadi tuan rumah kepada pasukan bola sepak kebangsaan Palestin semasa kempen kelayakan Piala Dunia kami adalah lambang solidariti sejarahnya dengan Palestin.

“Kami sangat berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia dan rakyatnya,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button