Semasa

Negara ASEAN perlu bersama suarakan isu perubahan iklim dunia – Menteri

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa negara anggota ASEAN bersatu dalam menyuarakan isu perubahan iklim dunia.

Melalui satu sidang media di Seminar Serantau mengenai Keadilan Iklim oleh Building and Wood Workers International (BWI) di Kuala Lumpur pada Rabu beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan suara dari rantau ini didengari dan dihormati di peringkat global.

“ASEAN mempunyai 670 juta penduduk. Menjelang 2030, kita (ASEAN) akan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia. Jadi saya rasa itulah yang kita mahu manfaatkan daripada ASEAN,” katanya.

Sementara itu sebagai mengulas mengenai Persidangan ke-29 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 29) di Baku, Azerbaijan pada November ini, beliau memaklumkan Malaysia akan memberi tumpuan kepada kewangan iklim.

BACA LAGI: Bukit Dinding: dalam proses diwartakan sebagai hutan simpanan kekal (HSK) 

“Malaysia komited untuk membincangkan isu perubahan iklim secara menyeluruh, termasuk usaha membina konsensus secara bersama berhubung perkara berkenaan di peringkat global. Keutamaan pada tahun ini tertumpu kepada kewangan iklim.

“Kita akan memberi tumpuan untuk memastikan komitmen yang dibuat oleh negara-negara maju mendapat perhatian kerana banyak janji telah dibuat tetapi belum dilaksanakan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button