Sukan

Pearly Tan-M Thinaah johan Terbuka Hong Kong, dedikasi kemenangan sempena Hari Malaysia

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan kemarau kemenangan di Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) selepas mencipta kejayaan menjuarai Terbuka Hong Kong, pada Ahad.

Lebih manis kemenangan pada aksi di Hong Kong Coliseum itu turut dikongsikan mereka kepada semua sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

“Ketika hari kemerdekaan Malaysia bulan lalu, kami mara ke final tetapi tidak berjaya menang

“Kami amat gembira kami dapat kemenangan hari ini dan mahu menghadiahkannya kepada rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia esok.

“Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia kerana menyokong kami.” Thinaah ketika ditemuramah BWF.

Tiba di gelanggang sebagai pilihan ketiga kejohanan, permainan menakjubkan ditampilkan gandingan utama negara itu untuk menang ke atas Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-14, 21-14.

Lebih menarik, hanya 37 minit diperlukan Pearly-Thinaah untuk menundukkan gandingan China yang menghuni ranking kedua dunia itu dalam kejohanan berstatus Super 500 BWF itu.

BACA LAGI: Kerangka baharu sukan bakal disiapkan, tingkat prestasi sukan negara 

Kemenangan turut menyaksikan Pearly-Thinaah menamatkan badi empat kekalahan bertemu gandingan China itu dengan kemenangan terakhir diraih pada tahun lalu di Terbuka Jepun.

Selaku juara, Pearly-Thinaah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$33,180 (RM 142,709).

Related Articles

Back to top button