Semasa

PM Anwar sampaikan sumbangan peribadi kepada 46 mangsa banjir di Perlis

46 keluarga terjejas banjir di Perlis menerima sumbangan wang peribadi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan diserahkan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Perlis Maznah Musa kepada 14 ketua isi rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Kangar manakala di PPS SK Dato Ahmad Musa (12 KIR), PPS SK Kubang Gajah (13 KIR) dan PPS SK Arau (tujuh KIR) dalam kawasan Parlimen Arau.

Selain sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, mereka turut menerima bantuan wang ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Kita bagi dua sumbangan iaitu wang peribadi daripada Perdana Menteri dan juga bantuan wang ehsan peruntukan bawah NADMA.

“Untuk bantuan NADMA ini kita akan serahkan kepada mereka terjejas banjir dan berpindah ke PPS sahaja,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut Maznah, setiap KIR menerima RM1,000 bantuan wang ihsan NADMA yang diberikan kepada keluarga yang berpindah ke PPS.

BACA LAGI: YaPEIM Perak agih sumbangan Ziarah MADANI berjumlah hampir RM50,000

Fenomena air pasang dan hujan lebat menyebabkan banjir dengan rumah dan kedai-kedai makan di pesisiran pantai dinaiki air.

Setakat 8 malam tadi , jumlah mangsa banjir di Perlis terus meningkat kepada 152 orang daripada 48 keluarga di empat PPS.

Empat sungai utama di Perlis bagaimanapun telah menunjukkan trend penurunan apabila Sungai Pelarit, Sungai Arau, Sungai Gial dan Sungai Perlis kembali berada pada paras normal.

Related Articles

Back to top button