Semasa

Lebih banyak inisiatif memberdaya komuniti India akan dilaksana – PM Anwar

Kerajaan Persekutuan akan terus memperhebat inisiatif memberdayakan komuniti India di negara ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan berkata usaha itu akan dilaksana khususnya menerusi Unit transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Sehubungan itu jelasnya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sudah diarah menyelaras dan memperbanyak program berkaitan bagi memastikan peruntukan ini mencapai matlamat.

“Saya tegaskan pendirian kerajaan untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini.

“Ini termasuk menerusi peruntukan yang diumum dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.

“Saya telah mengarahkan KUSKOP untuk menyelaraskan projek transformasi dan memaksimumkan operasi untuk mencapai matlamat tempahan dana ini.

“Melalui ini, saya berharap semua draf berwawasan meningkatkan masyarakat India di negara ini akan berjalan dengan baik dengan jaminan kerajaan khususnya dengan sokongan pemimpin masyarakat India,” katanya.

Beliau sebelumnya menghadiri mesyuarat bersama MITRA dan beberapa ahli Parlimen mewakili masyarakat India berhubung pembangunan masyarakat India di negara ini.

BACA LAGI: Perkasa ekonomi komuniti India antara fokus Kerajaan Perpaduan

Mesyuarat itu membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasakan masyarakat India.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sementara itu memaklumkan, perkara itu akan diselia oleh Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan.

Related Articles

Back to top button