Semasa

Malaysia akan memimpin usaha lindungi alam sekitar peringkat serantau – Nik Nazmi

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius laporan media Jerman Deutsche Welle yang mendakwa Malaysia adalah pengimport sisa plastik kedua terbesar dari Kesatuan Eropah (EU).

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelbagai usaha berterusan sedang dilaksanakan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk membanteras pengimportan sisa haram ke dalam negara.

“Mulai tahun 2026, EU akan mengenakan sekatan ketat terhadap eksport sisa, khususnya sisa plastik, ke negara-negara bukan OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi).

Malaysia selaku negara yang sering menjadi destinasi utama pengimportan sisa secara haram sangat menyambut baik usaha ini dan sudah tiba masanya negara memandang serius isu penjajahan sisa ini, ” katanya dipetik laporan media.

Mengulas lanjut beliau menegaskan, kementeriannya akan tindakan drastik termasuk melaksanakan perwakilan kuasa daripada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi jenayah alam sekitar melibatkan sisa plastik akan diperkenalkan.

Selain itu, kerajaan telah menetapkan supaya nisbah sumber import yang dibenarkan hanya sebanyak 70% berdasarkan kapasiti kilang dan selebihnya haruslah menggunakan sisa plastik tempatan bagi merancakkan sektor kitar semula tempatan.

BACA LAGI: Malaysia sedia kerjasama pulih sektor telekomunikasi Gaza – Fahmi Fadzil

Justeru tambahnya, NRES akan membawa cadangan hala tuju pengurangan kuota import sisa plastik pada Kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan memandangkan banyak negara terkesan dengan masalah yang sama.

Sejajar dengan aspirasi ASEAN untuk kelestarian alam sekitar, Malaysia akan memimpin usaha untuk memperkenalkan langkah-langkah yang lebih tegas serta dasar yang lebih ketat dalam menangani isu alam sekitar di peringkat serantau, tambahnya.

Related Articles

Back to top button