6 jenis sukan terima tambahan peruntukan pembangunan bakat baharu
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyenaraikan enam lagi jenis sukan untuk menerima tambahan dana dalam program mencari dan membangunkan bakat baharu.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, enam jenis sukan tersebut ialah skuasy, badminton, berbasikal, terjun, renang dan olahraga sekali gus melengkapkan 10 jenis sukan yang dipersiapkan menuju ke temasya Sukan Olimpik.
“Sukan-sukan ini dipilih tertumpu kepada pembangunan bakat.
“Ini kerana, kita fikir sukan ini adalah sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik. Penting untuk Malaysia mempunyai pelbagai usaha untuk membangunkan bakat dalam sukan ini.
BACA LAGI: RM7.4 juta sudah dibelanjakan untuk program pembangunan sukan permotoran
“Itu cara kita pilih sukan itulah, sukan yang dipetandingkan di temasya Sukan Olimpik,” kata Hannah ketika ditemui pada Majlis Perasmian KBS Masters Games 2024 di MSN, Bukit Jalil,
Sementara itu beliau turut memaklumkan empat jenis sukan iaitu angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak akan mendapat perhatian dengan tambahan RM1 juta untuk berada program membangunkan bakat tersebut.