Anwar

PM Anwar luncur Kiosk Sentuhan MADANI

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Kiosk Sentuhan MADANI yang merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2025.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Unit Pantau MADANI serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

JPM menerusi satu hantaran di Facebook berkata, majlis pelancaran akan berlangsung pada pukul 3 petang ini (9 Januari 2025) bertempat di Alamanda, Putrajaya.

“Kiosk Sentuhan MADANI mengumpulkan lebih 90 perkhidmatan kerajaan dan swasta di satu lokasi strategik, memudahkan rakyat untuk mengakses perkhidmatan dengan lebih efisien.

“Inisiatif ini diilhamkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan manfaat daripada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di Kiosk Sentuhan MADANI yang terletak di Aras G, South Wing, Alamanda Putrajaya (berhadapan Restoran Cili Kampung).

Related Articles

Back to top button