Joe Biden kecam pentadbiran Trump, banyak kerosakan dan kemusnahan besar

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, buat pertama kali tampil melontarkan kritikan terbuka ke atas tatakelola atau cara pimpinan pentadbiran penggal kedua yang dikawal selia oleh Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, malah menyifatkan jabatan tatakelola pimpinan Trump yang dikenali sebagai Pentadbiran Keselamatan Sosial iaitu pentadbiran semasa itu banyak mencetuskan kerosakan dan kemusnahan.
Memetik Portal Antarabangsa CNN, Biden melontarkan kritikan tersebit dalam ucapan umum pertamanya sejak meninggalkan jawatan presidennya itu awal tahun ini di dalam Persidangan Kebangsaan Persatuan Peguam, Kaunselor dan Wakil bagi Golongan Kurang Upaya (ACRD) di Chicago.
Biden menyuarakan kebimbangannya terhadap langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Trump yang didakwanya telah membawa kesan buruk dalam tempoh yang singkat.“Tengok apa yang sedang berlaku sekarang.
“Tidak sampai pun 100 hari berlalu, pentadbiran baharu ini telah menyebabkan kerosakan dan kemusnahan yang begitu besar. Ia benar-benar mengejutkan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku secepat itu,”katanya
.Walaubagaimanapun, Biden tidak secara jelas menyebut nama Trump secara langsung namun beliau jelas merujuk kepada pemerintahab presiden semasa apabila membangkitkan isu peletakn tarif dan perubahan drastik yang sedang dilaksana oleh Pentadbiran Keselamatan Sosial.
Beliau turut mendakwa pentadbiran tersebut mengambil pendekatan pimpinan yang menghancurkan AS.Dalam pada itu, jabatan pentadbiran Trump turut mengakibatkan lebih 7,000 pekerja mengalami pembuangan kerja hakiki mereka.
Ia susulan, berlakunya penstrukturan semula besar-besaran yang sedang berlaku dalam Pentadbiran Keselamatan Sosial, yang kini diterajui oleh Jabatan Kecekapan Kerajaan di bawah pimpinan jutawan teknologi, Elon Musk.
Dalam pada itu, Biden turut menyampaikan seruan agar rakyat kembali bersatu, sambil memberi amaran bahawa AS kini berada pada tahap perpecahan yang paling serius dalam sejarah moden.
“Kita tidak boleh terus begini, sebagai sebuah negara yang terbahagi seperti sekarang. Saya sudah lama dalam bidang ini, dan tidak pernah melihat perpecahan seteruk ini,” katanya.