Negeri

KSAS: Serangan harimau jadi sebab mengapa cadangan kerajaan Kelantan perlu dibantah

Kebimbangan diutarakan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) Hafizudin Nasarudin baru-baru ini berhubung cadangan pengubahsuaian Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) oleh kerajaan negeri Kelantan nyata berasas.

Hafizudin sebelum ini berkata, pengubahsuaian status kawasan hutan dianggarkan seluas 514,898 hektar itu bukan sahaja akan memyebabkan risiko bencana seperti banjir, malah akan memusnahkan habitat hidupan liar turut selain kampung penduduk terutama di Hulu Kelantan.

Habitat hidupan liar yang dimusnahkan jelasnya akan meletakkan risiko penduduk kepada ancaman haiwan liar itu.

Ia terbukti dengan serangan harimau yang membunuh empat individu di Gua Musang sepanjang tahun ini termasuk membabitkan dua penduduk Orang Asli Pos Pasik pada Oktober dan Mei lalu.

“Jika melihat keadaan sekarang pun sudah berapa penduduk Orang Asli yang meninggal dunia akibat dibaham harimau, berapa banyak penduduk kerugian akibat tanaman dimusnahkan oleh gajah.

“Cadangan KSAS itu akan membawa hidupan liar dan berharap ia dipertimbangkan sebelum terlambat,” katanya sebagai mengulas rancangan kerajaan Kelantan itu.

BACA LAGI: Kuasa beri amaran, Kelantan berdepan bencana jika pengubahsuaian KSAS diteruskan

Media pada Jumaat melaporkan lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan maut di Kampung Meranto dengan mayatnya ditemukan dalam keadaan mengerikan dengan anggota tubuh badannya tidak sempurna selepas dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah di sini.

Kurang 48 jam selepas itu warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22 pula maut diserang haiwan itu ketika menoreh getah bersama isterinya di kawasan berhampiran.

Susulan kejadian itu, kira-kira 30 pemilik kebun sawit dan getah di Kampung Meranto takut untuk ke kebun.

“Sekarang hendak keluar menoreh getah pun takut, sedangkan itu adalah sumber pendapatan kami penduduk di sini,” kata aeorang penduduk, Zulkiflie Sulaman, 39, dipetik laporan media.

Related Articles

Back to top button