Global

KKM sedia hantar pasukan bantuan perubatan ke Gaza, secepat mungkin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti pasukan perubatan yang boleh dimobilisasikan segera ke Gaza, Palestin.

Menurut kenyataan dikeluarkan pada Isnin, pasukan itu akan dihantar sebaik sahaja kebenaran diberikan.

Ketika ini penghantaran belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang masih berlaku dikawasan bergolak itu.

BACA LAGI: PM Anwar titip doa untuk Palestin di hadapan Kaabah

“Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian, mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan.

“Penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (IFRC).” tambah KKM.

Sementara itu, menurut KKM turut memaklumkan akan menghantar alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam tempoh yang terdekat.

Penghantaran dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN itu merupakan yang ketiga setelah dua fasa penghanaran pada 3 dan 11 November lalu.

Langkah itu bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.

Related Articles

Back to top button