Sukan

FIM MiniGP Valencia: Qabil tekad atasai pencapaian tahun lalu

Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan yang akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Siri Dunia Akhir FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol tekad mengatasi pencapaian tahun lepas.

Qabil menerusi menerusi rakaman video dikongsi pasukan ZK Racing yang dikongsikan semalam berkata, dirinya sudah bersedia untuk kejuaraan itu dan telah melakukan latihan sebaiknya sebelum berlepas ke Sepanyol.

“Tahun lalu empat terbaik, tahun ini mahu lebih baik lagi. Saya berlatih setiap minggu di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Kita lihat di Valencia bagaimana prestasi saya nanti,” katanya pelumba berusia 11 tahun itu.

Kejuaraan siri dunia itu akan bermula hari ini hingga 23 Nov ini menghimpunkan pelumba terbaik dari Alpe-Adria, Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Portugal, Qatar, Sepanyol, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Selain Qabil, seorang lagi pelumba Airel Marzuki akan bersaing di Litar Ricardo Tormo bagi ketegori 160cc.

Selain itu tiga pelumba negara Farish Hafiy, Emil Idzhar dan Adi Putra akan beraksi dalam kelas 190cc.

BACA LAGI: Skuad berbasikal wanita negara dapat slot ke Olimpik Paris

Sementara itu, Pengurus Pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin optimis anak buahnya yang beraksi dalam kategori 190cc mampu menampilkan prestasi memberangsangkan memandangkan barisan pelumba negara pernah beraksi di Asia Talent Cup (ATC) 2023.

“Tahun berbeza pencabar berbeza. Perlu lihat segala sudut di mana kita perlu perbaiki dan kita telah kenal pasti kelemahan itu. Saya percaya semua pelumba telah bersedia dengan persiapan yang kita buat sejak tiga minggu lalu.

“Saya percaya semua yang ada berpengalaman cuma kita tak tahu tahap pencabar di sana,” katanya.

Sebagai rekod, Qabil pada November tahun lalu mencipta kejutan dengan menamatkan perlumbaan Super Final Kejuaraan Siri Dunia FIM MiniGP 2022 di litar sama dengan menduduki tempat ketiga.

Related Articles

Back to top button