Anwar

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada nona tercinta, Dr Wan Azizah

“Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta Dr Wan Azizah Wan Ismail,” demikian ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, Anwar juga berkongsi sekeping gambar manis bersama Wan Azizah pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Dalam Negeri dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 15 Mei lalu.

“Semoga cinta ini terus kekal dan terus menjadi tiang seri kepada anak-anak dan cucu.

“Perjuangan masih panjang tatkala kita sedang berusaha sebaik mungkin menterjemah fikrah madani dengan memantapkan ekonomi dan memperkasa rakyat,” katanya.

Tambah Anwar, beliau juga mengharapkan agar semangat dan daya juang Wan Azizah tidak pernah padam demi membela masa depan anak bangsa.

Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke-71 hari ini.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button