Semasa

COVID-19: KKM kekalkan SOP sedia ada di semua Pusat Pemindahan Sementara

Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan COVID-19 akan diteruskan di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir bagi membendung penularan wabak tersebut.

Menteri Kesihatan (KKM) Dr. Zaliha Mustafa berkata, kakitangan kesihatan di PPS juga telah maklum mengenai SOP sedia ada termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala.

“Dalam keadaan banjir memang kita bersedia, ini termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala

“Seperti biasa, kalau ada kes kita akan buat isolasi dan kita asingkan, SOP tetap sama, insya-Allah,” katanya.

BACA LAGI: Kerajaan pastikan ekosistem kesihatan dalam keadaan terbaik

Dr Zaliha turut memaklumkan berlaku peningkatan kes, namun masih terkawal dan belum pada tahap membimbangkan.

“Buat masa ini, peningkatan kes ketika ini hanya melibatkan kes-kes kecil dan gejala yang ringan,” katanya selapas merasmikan Felda Medoi Agrofest 2023, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Program Saringan Kesihatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Medoi di Segamat pada Sabtu.

Sementara itu, beliau turut berharap lebih banyak PEDi di seluruh negara dapat melaksanakan program saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) khusus untuk penduduk.

“Pemeriksaan kesihatan penduduk melibatkan bacaan BMI, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol itu penting bagi memperkasakan penjagaan kendiri dan kesedaran awal dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Related Articles

Back to top button