Semasa

CyberSecurity keluar amaran peningkatan ketirisan data peribadi dijual ke laman ‘dark web’

CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup (dark web) dari Januari hingga November tahun ini.

CyberSecurity Malaysia dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan peningkatan tersebut mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa.

“Ketirisan data ini membahayakan organisasi yang bertanggungjawab terhadap PII dan pemilik maklumat peribadi.

“Perlindungan data peribadi serta data sensitif adalah satu keperluan bukan hanya berasaskan undang-undang atau etika, namun ianya juga bertujuan untuk menjaga kepentingan privasi dan peribadi serta reputasi perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan organisasi perlu bertanggungjawab dalam mencegah insiden itu dan mengendalikan insiden pendedahan data dengan sewajarnya, selain mematuhi amalan keselamatan terkini, mengenali impak potensi, dan mengambil langkah untuk melindungi data serta mengemas kini sistem secara berkala.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button