Semasa

Persatuan peneroka sambut baik langkah penstrukturan semula kewangan Felda

LANGKAH  kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), dipuji beberapa persatuan peneroka.

Langkah yang beri manfaat untuk peneroka

Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff berkata, usaha menerusi perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan itu bukan sahaja mampu memperbaiki aliran tunai agensi tersebut, malah mampu mengurangkan prinsipal hutang agensi itu bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion serta memberi suntikan semangat baharu kepada generasi baharu peneroka Felda.

Pendapatan yang diperoleh tidak lagi hanya disalurkan untuk membayar hutang semata-mata tetapi juga sebagai keuntungan.

“Dengan pemansuhan 80 peratus hutang itu, peneroka mendapat pendapatan bulanan yang lebih serta kebajikan kembali terjaga dan Felda Juga dapat bernafas (tiada hutang),” katanya dipetik bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menstruktur semula pinjaman agensi berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Kewang dalam kenyataan berkata, perjanjian itu melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

Langkah terbaharu itu akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkannya memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2021.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kami Anak Felda, Fakhurrazi Mohd Habib berkata, dengan penstrukturan semula pinjaman itu, Felda kini mampu membina semula rizab tunai yang boleh digunakan untuk menampung kos pendahuluan pengurusan ladang kepada peneroka.

Ketika ini jelasnya, peneroka terpaksa membayar potongan pendahulan tersebut secara penuh, walaupun hasil tidak memberangsangkan berikutan Felda tidak mempunyai rizab tunai yang mencukupi untuk menangguhkan potongan itu seperti yang diamalkan agensi itu sebelum ini.

Ketua Peneroka Felda Wilayah Sahabat, Sabah, General Linjal pula berkata, Jaminan Kerajaan itu membantu golongan peneroka meningkatkan taraf ekonomi mereka selain dapat memulihkan kembali kedudukan kewangan Felda. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button