Sukan

Manchester United tersingkir dari Liga Juara selepas tewas kepada Bayern Munich 1-0

Hasrat Manchester United untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara tertutup rapat setelah tewas kepada Bayern Munich 1-0 pada Selasa.

Kekalahan tersebut sekali gus memberi tamparan kepada pengurus pasukan Erik ten Hag yang mempamerkan prestasi tidak menentu musim ini.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu, skuad ‘Red Devils’ perlu menewaskan Bayern Munich sambil mengharapkan Copenhagen dan Galatasaray seri pada satu lagi perlawanan.

Namun, segala-galanya ibarat mimpi ngeri buat kelab gergasi Inggeris itu, apabila pemain Bayern, Kingsley Coman menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-70.

Jaringan itu memberikan kemenangan buat Bayern sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan tersebut kepada 16 mata dalam kumpulan A.

Sementara itu, pengendali Manchester United, Erik ten Hag dilihat menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka.

“Kami membuat kesilapan pada saat akhir.

“Hari ini para pemain mempamerkan aksi sangat baik dan kami tidak sepatutnya tewas pada perlawanan hari ini. Ia masih belum mencukupi”, kata ten Hag kepada TNT Sports.

Kekalahan itu meletakkan Manchester United di tangga terakhir Kumpulan A dengan empat mata dan menyebabkan pasukan berkenaan tersingkir daripada bermain di Liga Europa. – Reuters

Baca juga:

Related Articles

Back to top button