Semasa

‘Selamat negara, selamat umat’ – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara ringkas menzahirkan penghargaan akan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan keamanan negara ini.

Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya

Katanya, berkat kesabaran, ketenangan semua membolehkan apa yang dikecapi Malaysia ketika ini.

“Selamat semua, tenang semua, sabar semua semangat pengorbanan semua, InsyaAllah. Selamat negara selamat umat,”jelasnya.


Terdahulu, Anwar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 20,000 jemaah termasuk rakyat tempatan dan asing di Masjid Putra, hari ini.


Perdana Menteri tiba dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Masjid Putra kira-kira jam 8.20 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.


Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Selesai solat sunat Aidiladha, Anwar mengambil peluang untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah yang hadir.


Ini merupakan kali pertama Anwar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga Putrajaya selepas menjawat jawatan itu pada November lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button