Penganjuran Kongres Ekonomi Melayu oleh Kerajaan Perpaduan bakal menoktahkan tohmahan pembangkang kononnya pentadbiran Datuk Seri Anwar melupakan agenda berkaitan masyarakat Melayu.
Menurut Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda, penganjurannya akan menjadi usaha memperjuangkan isu-isu Melayu dan bumiputera oleh kerajaan ketika ini.
“Pemuda Amanah menyambut baik penganjuran kongres itu,
“Saya menyeru kepada Pemuda Amanah dan ahli secara umumnya mengambil bahagian aktif dalam kongres yang akan diadakan nanti,” katanya dalam pidato bersempena Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di sebuah pusat acara di Bangsar, pada Sabtu.
BACA LAGI: PM Anwar mahu Alumni UiTM terajui ikhtiar pemikiran baharu orang Melayu
Kongres Ekonomi Melayu dijangka dilangsungkan pada Januari ini seiring dengan tujuh agenda yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.
Kongres tersebut akan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif, di samping memperkasa golongan tersebut yang selari dengan hasrat kerajaan iaitu pemerkasaan agenda ekonomi Bumiputera yang memerlukan kecerdasan dan paradigma baru.
Sementara itu menurut Mohd Hasbie, Kerajaan Perpaduan kini telah memacu negara di landasan yang betul.
“Di bawah kerajaan sekarang, pelbagai perancangan ekonomi telah diadakan. Misalnya, kerangka Ekonomi Madani. Alhamdulillah dalam masa tidak sampai setahun kejayaan telah mula dirasai.
“Kadar pengangguran 34 peratus (Ogos 2023) iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum Covid-19, dan kini Malaysia kekal sebagai destinasi pelabur asing,” tambahnya.