Artis veteran, Datuk M Daud Kilau meninggal dunia
Artis veteran, Datuk M Daud Kilau meninggal dunia dilapor meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak pada petang tadi.
Berita kematian itu disahkan anaknya, Ahmad Zailani yang turut memberitahu, ayahnya dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu kerana bacaan gula dalam darah yang tinggi.
“Sepanjang dirawat, bacaan gula dalam darah turun naik. Pada pukul 4.46 tadi doktor mengesahkan bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya.
Daud Kilau, 85, yang popular dengan lagu Cek Mek Molek sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sunagi Balai Baroh, Bagan Datuk selepas solat Zohor esok.