Nasional

Kapal Israel diharamkan berlabuh di Malaysia serta-merta – PM Anwar

Kerajaan batal keputusan Kabinet pada 2002 benarkan kapal Israel berlabuh, dan keputusan Kabinet 2005 yang benarkan kapal tersebut mendarat.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu berkuat kuasa serta merta.

Katanya, sekatan itu merupakan tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

“Malaysia juga memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

“Malaysia turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut juga termasuk untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM (ZIM Integrated Shipping Services Ltd) daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan yakin bahawa keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button