hiburan

Konsert muzik klasikal harga Rahmah ditawar di Istana Budaya

ISTANA BUDAYA menawarkan harga Rahmah serendah RM30 untuk peminat orkestra
muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical
Music Lambang Sari Series 2023.

Beri peluang untuk rakyat masuk Istana Budaya
Ketua Pengarah Istana Budaya,
Zubaidah Mukhtar berkata, harga istimewa itu diharap dapat menarik lebih
ramai penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi menikmati
muzik yang sinonim dengan golongan atasan.
Menurutnya, Istana
Budaya mahu memenuhi hasrat kerajaan supaya rakyat dapat menikmati tiket
dengan harga berpatutan atau harga Rahmah selain meraikan ulang tahun
ke-30 Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).
“Biasanya harga untuk
tiket konsert orkestra ini paling murah pun sekitar RM180, tapi kita
mahu memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat,” katanya pada
sidang media konsert itu, semalam.
Beliau berkata, konsert
orkestra bertemakan western classical music itu merangkumi empat siri
persembahan dengan memainkan lagu-lagu ciptaan barat yang terkenal.
Zubaidah
berkata, siri pertama akan berlangsung pada 8 Julai ini manakala siri
kedua pada 9 Sept, siri ketiga (21 Okt) dan siri keempat (18 Nov).
Persembahan akan bermula pada 8.30 malam di Panggung Sari, Istana
Budaya.
Setiap siri menampilkan lagu berbeza selain
mengetengahkan pemain solo (soloist) berlainan dan antara lagu yang
bakal dipersembahkan adalah lagu ciptaan Bach, Mozart dan Dittersdorf
Harp Concerto melibatkan 25 pemuzik OSK dan 10 pemuzik jemputan.
“Walaupun harga tiket murah, kualiti persembahan tetap bertaraf terbaik.
“Panggung
Sari mampu menampung sehingga 1,300 penonton pada satu masa dan kita
galakkan penonton untuk membeli pakej promosi dengan harga RM100
meliputi keempat-empat persembahan di laman web Istana Budaya,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button