Semasa

Menteri KDN, KSM bertemu bincang isu pekerja asing

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pada mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu berkaitan pekerja asing di negara ini.

Sebagai mengulas kunjungan Sim ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu Saifuddin berkata, mereka berbincang untuk penambahbaikan melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan KSM dalam pengurusan golongan berkenaan.

“Pertemuan memfokuskan isu yang melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) iaitu hal pengurusan pekerja asing.

“Isu yang hangat melibatkan kes eksploitasi pekerja asing menjadi topik serius yang dibincangkan selain ‘way forward’ bagi tahun 2024 ini terkait elemen penambahbaikan dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

BACA LAGI: Pekerja asing dianiaya: KSM akan panggil agensi terlibat

Saifuddin turut memaklumkan, kedua-dua mereka akan mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam minggu ini bagi memberi penjelasan mengenai aspek pengurusan pekerja asing yang dibincangkan.

“Kami bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam minggu ini bagi memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan berbangkit,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button