Anwar

PM Anwar gesa KPT bertindak pantas lakukan perubahan dasar pendidikan tinggi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk bertindak pantas dalam melakukan perubahan terhadap dasar pendidikan tinggi negara meskipun berdepan cabaran permasalahan pasca normal.

Anwar bagaimanapun menegaskan dalam keghairahan untuk menggapai ke langit, ia harus mengakar ke bumi.

“Maknanya kita harus menggapai langit, tetapi dalam kegairahan kita untuk menggapai langit kita jangan lupa dan tertinggal landasan kerana kita sebagai negara dengan budaya dengan fahaman keagamaan juga yang rencam harus juga mengakar ke bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Strategi KPT di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa yang sama, Anwar turut menyeru untuk memberikan lebih banyak ruang dan kelonggaran kepada kepimpinan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mewujudkan idea baharu dalam bidang pendidikan negara.

Anwar berkata, ia bagi memastikan IPT mampu bersaing dengan lebih baik di peringkat serantau dan dunia, sekali gus negara berupaya membentuk mahasiswa yang berdisplin dan berkualiti tinggi.

“Saya cadang kepada Zambry, beri ruang kepada pimpinan universiti, beri banyak kelonggaran.

“KPT harus hanya menyelaraskan, mengelakkan pertindihan permasalahan.

“Tetapi beri lebih banyak ruang kepada universiti, mencabar mereka dalam dua tahun, melihat kepada program yang lebih baik,” katanya.

Related Articles

Back to top button