Semasa

Kongres Ekonomi Bumiputera bakal tumpu 10 kluster utama

Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada 29 Februari hingga 2 Mac depan akan mencipta usaha memperkasa bumiputera, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, ia bukan sahaja akan membabitkan soal teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang, malah akan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda bumiputera.

Kongres itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dianjurkan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet itu akan menumpukan 10 kluster utama.

“Antara kluster itu termasuk reformasi pendidikan dan mosal insan, pengukuhan industri halal, ekonomi bumiputera Sabah, ekonomi bumiputera Sarawak dan penguasaan teknologi baharu.

BACA LAGI: Kerajaan Perpaduan tumpu usaha tingkat ekonomi negara pada 2024 – PM Anwar

“(KEB) libatkan semua golongan profesional, ahli akademik dan pemain dalam industri yang terlibat dalam setiap kluster diwujudkan,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Ahmad Zahid turut menjelaskan, KKDW dan Kementerian Ekonomi akan melantik pengerusi bagi setiap kluster bagi menjayakan KEB kali ini.

“Perancangan KEB tentunya bukan hanya mewujudkan resolusi tetapi sektetariat tetap untuk memantau pelaksanaan resolusi bagi setiap kluster dibentuk,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button