Negeri
Projek tebatan banjir Sungai Langat siap dalam 10 tahun – Exco
PROJEK Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat dijangka boleh
diselesaikan secara berperingkat membabitkan tiga fasa dalam tempoh 10
tahun.

Kerajaan Selangor terus bergerak kehadapan |
EXCO alam sekitar negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata,
sementara menunggu RTB tersebut siap, kerajaan akan melaksana rancangan
jangka pendek membabitkan kerja pendalaman sungai dan pembaikan ban bagi
mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Langat.

Rancangan jangka pendek itu jelasnya akan mula dilaksanakan akhir tahun ini.
“Projek
Sungai Langat ini adalah projek untuk (kegunaan) 100 tahun akan datang.
Ia bukan setakat tanggungjawab Kerajaan Negeri, tapi banyak melibatkan
kerajaan persekutuan kerana memerlukan peruntukan lebih ratusan juta,
itu di luar kemampuan kita.

“Jadi, saya berharap, penduduk sabar sedikit masa lagi, kerana kita nak pastikan sini bebas banjir,” katanya.
Loy
Sian sebelumnya hadir pada sesi Townhall: Mencari Penyelesaian Isu
Banjir Antara Agensi Pusat & Negeri Dengan Penduduk Taman Perumahan
Jalan Reko di pekarangan Kuil Hindu, Taman Mahkota di Jalan Reko, Kajang
pada Ahad.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM16.1 juta
dalam bajet 2023 kepada JPS negeri bagi pelaksanaan projek tebatan
banjir, khususnya lembangan sungai utama termasuk Sungai Klang, Sungai
Langat dan Sungai Selangor.

Usaha menyegerakan beberapa projek tebatan banjir itu sebagai persediaan kerajaan negeri menghadapi situasi hujan luar jangka.