Sukan

KBS kerjasama dengan pusat beli-belah, pergiat promosi sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempergiatkan promosi untuk menjadikan pusat beli-belah sebagai kawasan aktiviti riadah dan sukan yang selamat.

Menterinya Hannah Yeoh pemberita selepas melancarkan Digital Sport Arena di i-City Shah Alam pada Sabtu berkata, dengan wujudnya ruang di pusat beli-belah akan dapat mempromosikan sukan kepada pengunjung.

Ia jelasnya akan mendorong bakat-bakat baharu menyertai aktiviti sukan.

BACA LAGI: KBS salur geran untuk setiap negeri, naik taraf rumput dan sistem saliran venue Liga Malaysia

“Pusat beli-belah ini juga ada banyak tapak dan ruang yang sesuai dengan aktiviti khususnya Rakan Muda.

“KBS telah adakan beberapa mesyuarat secara dalam talian dan fizikal bersama pusat beli-belah dan peruncit, kerana gedung beli-belah di Malaysia semua besar-besar.

“Tahun ini juga telah ada perancangan serta kerjasama dengan banyak pusat beli-belah untuk mempromosikan aktiviti sukan,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut mencadangkan agar setiap ruang dalam pusat beli-belah yang ingin dijadikan sebagai kawasan riadah atau sukan perlu ditingkatkan keselamatannya antaranya dengan menambah bilangan unit kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kawasan berkenaan.

Related Articles

Back to top button