Anwar

PM Anwar ucap tahniah sambutan hari keputeraan Tuanku Muhriz ke-76

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-76, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga baginda serta seluruh kerabat diraja berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76.

“Mendoakan semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberi keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului senarai 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, itu dianugerahkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Related Articles

Back to top button