Anwar

PM Anwar, isteri hadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya, Dayang Anisha Rosnah, di Istana Nurul Iman, hari ini.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan buat putera ke-10 itu dihadiri lebih 5,000 tetamu terdiri daripada kerabat diraja dan ahli politik antarabangsa.

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat mengenakan busana baju melayu dan kurung berwarna hitam.

Dalam hantaran di Facebooknya, Anwar turut melahirkan rasa berbesar hati menerima jemputan daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Perkahwinan Diraja putera baginda berdua.

“Saya dan Azizah hari ini menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

“Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata, di dalam majlis tersebut beliau berkesempatan bertemu dengan pimpinan ASEAN yang lain.

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan pimpinan ASEAN lain yang turut hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong,” katanya.

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah berlangsung di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.

Upacara penuh tradisi diraja itu bermula jam 10.10 pagi.

Majlis dihadiri ramai tetamu diraja termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Related Articles

Back to top button