Global

135,000 kanak-kanak di Gaza diancam kekurangan makanan seimbang – UNICEF

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan hampir 20,000 bayi dilahirkan sewaktu perang di Gaza, manakala 135,000 kanak-kanak lagi di bawah usia dua tahun berdepan ancaman malnutrisi.

“Situasi wanita mengandung dan kelahiran bayi di Semenanjung Gaza adalah sukar diterima dan ia menuntut tindakan yang segera dan bersunguh-sungguh,” menurut jurucakap UNICEF, Tess Ingram pada Jumaat.

“Situasi sedia ada yang menyaksikan kematian bayi dan kanak-kanak diburukkan lagi dengan sistem kesihatan yang runtuh,” katanya.

Ingram turut menegaskan golongan ibu mengalami cabaran untuk mendapatkan bantuan kesihatan yang mencukupi dan bayi hidup dalam keadaan tidak sesuai untuk manusia, khemah dengan dibendung masalah kekurangan zat dan air yang tidak bersih.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan akan kekal membantah pembentukan sebarang penyelesaian disebut sebagai negara Palestin jika ia tidak menjamin keselamatan Israel.

Dalam ucapannya, Netanyahu dengan angkuh berkata, konflik yang sudah berlarutan melebih tiga dekad ini bukan tentang ketiadaan negara Palestin, tetapi berkenaan kewujudan negara Yahudi.

Related Articles

Back to top button