Semasa

Kerajaan komited cari cara selesai kesesakan di ibu kota – Menteri Wilayah

Kerajaan Perpaduan komited mencari penyelesaian terhadap isu kesesakan jalan raya di ibu kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk dengan mengadakan perbincangan bersama pemegang taruh termasuk kerjasama erat antara Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas juga mengemukakan beberapa cadangan bagi permasalahan kesesakan di Kuala Lumpur ini,” katanya dalam satu siedang media.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Tun HS Lee bagi meninjau kesesakan trafik di Kuala Lumpur.

Pada lawatan itu. Dr Zaliha turut diberikan taklimat khusus dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengenai permasalahan trafik di Kuala Lumpur.

BACA LAGI: RM113 juta peruntukan baik pulih cerun, jalan raya rosak akibat monsun – Nanta Linggi

“Kita dapati kesesakan akan berlaku pada waktu puncak bermula jam 6 pagi dan waktu pulang kerja.

“Perkara ini ada di bincangkan di Jawatankuasa Kabinet bagi mengatasi kesesakan jalan raya dan kita sentiasa komited bagi mencari penyelesaian,” katanya.

Dr Zaliha sementara itu memberitahu, antara 1.3 hingga 1.5 juta kenderaan masuk ke ibu kota setiap hari atas urusan kerja.

Related Articles

Back to top button