Polis ambil keterangan Mahathir pagi ini susulan kenyataan memperlekeh masyarakat India
Pihak berkuasa polis dijangka akan mengambil keterangan Dr Mahathir Mohamad hari ini dipercayai berkait dakwaannya yang memperlekeh kesetiaan masyarakat India kepada negara ini.
Portal FMT dalam laporannya yang memetik sumber berkata, sesi sesi merakam keterangan itu akan dibuat di Yayasan Kepimpinan Perdana 11 pagi esok.
“Kemungkinan Tun akan dirakam keterangan esok pagi di YKP oleh Bukit Aman, itu apa kita dimaklum,” kata laporan tersebut.
Bercakap dalam temu bual eksklusif dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Mahathir berkata berkata bahawa “masalah” dia ialah apabila “pendatang” (merujuk kepada kaum India dan Cina) menganggap Malaysia sebagai negara sendiri tapi pada masa sama terus mengamalkan budaya dan adat mereka sendiri.
BACA LAGI: Perlekeh masyarakat India, Mahathir cuba alih perhatian kes Daim?
Ditanya sama ada ini bermakna orang India di Malaysia harus berasimilasi sepenuhnya dan “menjadi Melayu”, Mahathir bersetuju.
Mahathir dikritik pelbagai pihak susulan pandangan diluahkan dalam temu bual itu.