ekonomi

Sektor pelancongan mampu jana aktiviti sektor ekonomi lain – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelancongan sebagai antara sektor penting yang mampu menjana aktiviti ekonomi.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata sektor itu turut berupaya mewujudkan limpahan kepada sektor ekonomi lain sekaligus dapat meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan perlu cepat membangunkan produk dan infrastruktur pelancongan bersama pemain sektor swasta,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK).

Mesyuarat jawatankuasa itu khusus bertujuan menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan dalam memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang VM2026.

Ia turut dihadiri menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

BACA LAGI: Pemukiman Jemaah Menteri memberdaya iltizam untuk merealisasi ekonomi MADANI

Sementara itu tambah Anwar, beliau telah membangkitkan peri penting untuk mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan, serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang.

“Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026),” tambahnya.

Related Articles

Back to top button