Parlimen

K’jaan berhasrat pecah monopoli, galak persaingan sihat

KERAJAAN menggalakkan persaingan dalam kalangan industri bagi membolehkan harga barang dapat diturunkan, kata Perdana Menteri.

Persaingan sihat beri manfaat untuk rakyat
Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa
berkata, kerajaan percaya monopoli dalam kalangan industri tidak harus
dibiarkan terus berlaku kerana tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Melalui
persaingan yang memberikan perkhidmatan dan produk terbaik dan murah
kepada rakyat, usaha kerajaan memastikan pengguna tidak dibebani dengan
kos sara hidup yang tinggi akan berjaya.  
 
“Kita (kerajaan) mencari jalan untuk memecahkan monopoli,” katanya.
Anwar
menjawab soalan daripada Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sama ada
kerajaan akan memecahkan monopoli dalam sektor seperti tenaga elektrik
bekalan air, dan penyelenggaraan lebuh raya.
Mengulas lanjut
kepada bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu itu, Anwar bagaimanapun
menjelaskan tidak wujud monopoli dalam sektor bekalan air kerana ianya
di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Begitu juga
dalam sektor bekalan tenaga elektrik, dengan beberapa pengeluar tenaga
bebas beroperasi, dan juga sektor penyelenggaraan lebuh raya.
Anwar
pada 24 Mac lalu berkata, kerajaan menyemak semula semua monopoli yang
wujud ketika ini bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang adil
dan lebih baik.
Susulan itu semua kementerian diarahkan untuk
mengkaji rasional disebalik membenarkan sesuatu monopoli supaya ada
penilaian yang adil terhadap isu itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button