Semasa

Mekanisma peralihan struktur prasekolah akan diperincikan dalam tempoh terdekat – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum saranan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula.

Menterinya Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, perkara itu yang sudah dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) disambut baik kementerian dengan menetapkan semua sistem pendidikan prasekolah yang akan diselaraskan.

Justeru jelasnya, mekanisme dan garis masa bagi peralihan struktur prasekolah akan diperincikan dalam tempoh terdekat bersama kementerian yang terlibat dan pemegang taruh dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak.

“Susul tindak telah disegerakan dengan penglibatan semua ketua jabatan dan bahagian dalam mesyuarat pasca Kabinet KPM pada Rabu.

“Ia selaras dengan agenda reformasi pendidikan yang sedang diterajui oleh KPM khususnya dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara,” katanya dengan menegaskan reformasi tersebut sangat signifikan dalam menjamin akses, pendidikan yang berkualiti serta intervensi awal bagi menangani keciciran di peringkat prasekolah.

BACA LAGI: PM arah semak semula sistem prasekolah, mahu asas pendidikan negara diperbaiki

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa KPM melihat semula sistem prasekolahan dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai mengulas mesyuarat Jemaah Menteri semalam memaklumkan, saranan tersebut telah dipe

Related Articles

Back to top button