Hijrah Selangor peruntukkan RM300,000 anjur program latihan usahawan tahun ini
Kerajaan Selangor melalui Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) merancang menganjurkan 20 program latihan bagi membantu usahawan mengukuhkan perniagaan di negeri itu pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mearia Hamzah dipetik portal rasmi kerajaan negeri berkata, 1,000 usahawan dijangka menyertai Latihan Strategi Untuk Menang 2024.
“Program bertujuan melatih usahawan untuk merancang perniagaan dengan betul hingga menghasilkan keuntungan yang betul
“Hijrah akan kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menumpukan latihan kawalan pengurusan kredit, pemasaran dan promosi perniagaan,” katanya.
BACA LAGI: Dana Iklan Digital OHSEM 2.0: RM42 juta disediakan untuk bantu usahawan PKS
Mearia ditemui pemberita selepas Program Strategi Latihan 2024 yang dirasmikan EXCO Usahawan Najwan Halimi di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) di Shah Alam pada Isnin.
“Sesi kali ini peserta diberi pemahaman pentingnya memahami kekuatan diri dan pasukan dalam menentukan strategi perniagaan yang bakal digunakan.
“Latihan juga memfokuskan bagaimana usahawan menjana jualan melalui kolobarasi perniagaan sehingga mampu membayar balik pinjaman yang menjadi tanggungjawab mereka untuk lunaskan,” tambahnya.
Difahamkan, serami 75 usahawan telah menyertai program latihan pertama untuk 2024 itu.