Semasa

Komuniti Madani digesa tingkap pemahaman berkaitan keselamatan dalam talian

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa komuniti Madani seluruh negara memainkan peranan dalam meningkatkan pemahaman mengenai isu keselamatan dalam talian.

Fahmi ketika membuat gesaan itu berkata, platform media sosial erbuka untuk disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah untuk menyebarkan berita-berita yang tidak sahih.

“Isu melibatkan sebarang berita, kalau boleh berita yang sahih sahaja disebarkan. Saya tahu ramai di sini ada dalam pelbagai platform…Kadang-kadang ada orang sebar maklumat yang kita tidak dapat sahkan.

“Saya pohon disiplin dalam kalangan kawan-kawan dalam Komuniti MADANI untuk kita mempunyai keupayaan membantu komuniti kita mengesahkan maklumat yang sampai kepada kita,” katanya.

BACA LAGI: PEDi bakal ditambah baik, tingkat penyertaan usahawan muda

Fahmi berkata begitu pada ucapan di majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Taklimat PEDi Bersama Komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut terutama berkaitan pelanggaran hak cipta dan perjudian dalam talian, Jemaah Menteri baru-baru ini telah menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi meneliti undang-undang membabitkan keselamatan dalam talian.

“Kita dapati terdapat sejumlah platform (media sosial) yang dari segi luarannya nampak okey, tiada masalah. Tapi bila kita selidik dan kita dalami, platform-platform ini agak bermasalah,” katanya merujuk kepada kes seorang lelaki tempatan menjalankan aktiviti menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial baru-baru ini.

Related Articles

Back to top button