Global

PM Anwar utus takziah kepada keluarga Presiden Namibia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menzahirkan rasa dukacita atas kematian Presiden Namibia, Dr Hage Gottfried Geingob pada Ahad.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi, Anwar mewakili Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Geingob.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan takziah serta menzahirkan perasaan simpati kepada Wanita Pertama Madame Monica Geingos dan keluarga mendiang yang sedang berduka, begitu juga dengan kerajaan dan rakyat Namibia,” kata Anwar.

Geingob meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser di Hospital Lady Pohamba.

Berita kematian Geinob yang disifatkan sebagai seorang pejuang rakyat yang terbilang, ikon perjuangan pembebasan, pengasas perlembagaan dan tunjang utama Namibia itu dimaklumkan pemangku Presiden Namibia Nangolo Mbumba di platform X.

Sementara itu tambah Anwar, pemergian Geingob sebagai satu kehilangan besar buat Namibia.

Mendiang katanya akan sentiasa diingati kerana kepimpinannya yang cemerlang.

“Dedikasi dan komitmen beliau telah menyaksikan kemajuan serta pembangunan di Namibia,” katanya Anwar.

Related Articles

Back to top button