Semasa

Azalina, Fahmi pengerusi mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan RUU jenayah siber

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Isnin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian.

Azalina menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu adalah bagi menangani isu berkaitan jenayah siber .

Selain itu, ia juga jelasnya mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan rakyat di alam siber tidak terus terancam.

BACA LAGI: KPM bincang cara terbaik selesai isu pemilikan akuan TikTok kanak-kanak bawah umur

“Perkhidmatan dalam talian pada masa ini merupakan satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian. Perkembangan ini telah membuka banyak peluang baharu terutama dalam bidang perniagaan sekali gus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa.

“Namun dalam kita menikmati manfaatnya, alam siber kini dieksploitasi sehingga telah menjadi lubuk jenayah siber yang semakin berleluasa dan berada pada tahap yang membimbangkan,” katanya melalui hantaran tersebut.

Tambah Azalina, mesyuarat yang diadakan telah dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.

Related Articles

Back to top button