Semasa

JBPM Perak tingkat siap siaga, tempatkan pasukan di plaza tol sempena Tahun Baharu Cina

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menempatkan anggota dan jentera di empat plaza tol di negeri ini.

Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon berkata, langkah itu bagi tujuan bersiap siaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan di lebuh raya.

Menurutnya, empat plaza tol terbabit adalah di Plaza Tol Tapah, Kuala Kangsar dan Kamunting di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) .

“Selain, anggota dan jentera dari balai berhampiran, turut ditempatkan Unit Bermotor Bomba supaya jika ada panggilan kecemasan, anggota dapat bergerak ke lokasi dan beri respons lebih cepat lagi terutama dalam keadaan laluan sesak sewaktu musim perayaan,“ katanya.

BACA LAGI: JBPM bakal terima dua unit helikopter baharu, tahap kesiapsiagaan dipertingkat

Sayani berkata begitu kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2024.

Kempen itu yang diadakan di sebuah pusat beli belah di Klebang, Ipoh pada Isnin disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching.

Related Articles

Back to top button