Semasa

Program Madani Rakyat bakal diadakan di enam negeri sepanjang tahun ini

Kerajaan bakal meneruskan usaha menyebar inisiatif dan pencapaiannya melalui Program Madani Rakyat, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan.

Fahmi Fadzil berkata, program itu sebagai kesinambungan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada tahun lepas bakal dilaksana di enam buah negeri sepanjang tahun ini pada skala yang bersesuaian.

“Acara Program Madani Rakyat lebih fokus kepada perkhidmatan yang boleh diberikan oleh agensi kerajaan termasuk pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Turut disediakan beberapa perkhidmatan lain oleh agensi, jabatan dan kementerian untuk kita menyampaikan maklumat terkini, selain program dan dasar-dasar kepada masyarakat,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Rabu

Fahmi menjelaskan, program itu akan diadakan bagi Zon Tengah di Selangor dari 23 hingga 25 Februari, Zon Utara di Pulau Pinang dari 26 hingga 28 April, Zon Timur di Pahang (28-30 Jun), Zon Selatan di Johor (25-27 Julai), Sarawak (27-29 September) dan Sabah (18-20 Oktober).

BACA LAGI: Kerajaan MADANI lulus peruntukan pembangunan RM2.81 bilion untuk Kelantan

Dari segi kos penganjuran program berkenaan, beliau berkata, ia tidak akan membabitkan jumlah yang tinggi kerana ianya akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Penganjuran program tidak akan menelan belanja yang besar kerana diusahakan bersama tuan rumah (kerajaan negeri) dengan kerjasama sebuah kementerian di peringkat persekutuan bagi setiap negeri,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button